hehehe, udah lame ya x post ape2 kt sini kan. ok, ary nie ya nak kongsi 1 madah ibarat kata2 puitis yang boleh menjadi sandaran dikala kite dalam kesedihan atau berasa diri ini kosong.. petikan nie ya ciplak dari novel Sungguh Aku Jatuh Hati yang bru je berada dipasaran bulan lepas. hehehe, promote kejap.. recomended sangat2.. berjiwang sambil berkongsi ilmu akhirat. insyaallah jika dipraktik kan, ganjaran pahala menanti kalian,
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak reda.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat makruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan hak,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura-pura baik dihadapan manusia,
Bila hati berasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap takdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain Allah.
Bila hati berasa bebas daripada jagaan Allah,
Bila berasa diri milik mutlak diri sendiri,
Bila hati berasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia daripada manisnya syurga,
Bila reda manusia lebih dicari daripada reda Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidah rindu ubtuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal,jiwa dan jasad terikat dengan dunia,
Sungguh hati ini bukan milik ku lagi.
hehehe,,,faham ke kome nie??
kalau xfaham,faham2 kan lah yea. hehe,
juz tok perkongsian bersama, later ya nak kongsikan lafaz selepas akad nikah lak.. aku janji suami,isteri, berserta wali..
tunggu ea..
gatal dah nak kawin nie. semoga jodoh itu milik kita.. jazakallah.
No comments:
Post a Comment