Thursday, 28 November 2013

Sahabat Untuk Selamanya

Hai, minggu nie memang minggu nostalgik ya buat kengkawan ya batch k mase dekat kolej ilmu dulu, Kawan yang dulu nya berjanji kawan sampai bile2, n now ya da tau sape yang kawan ya n sape yang bukan. Who knows walaupun mase same2 dulu dorang selalu menyinggung perasaan ya, tapi bile dah berpisah mereka sudah menjadi kawan yang mungkin lebih baik dan memahami, tapi xtau la kan kalau it juz sandiwara hati mereka je,, bukan berjumpa pun kan, btw buat kengkawan ku yang nun jauh dimata, walaupun dulu ya pernah berjanji untuk membuang kalian dari hidup ini, namun ya gagal kerana ya ikhlas berkawan dengan kalian.. Tak kisah la kalian ikhlas or suke ke x berkawan dengan ya, ape yang ya pasti, ya sayang semua kengkawan ya especially budak2 yang pena rapat dengan ya sejak mula masuk sampai ya kuar dari penjara kolej ilmu 2-(walaupun kolej ilmu banyak pengorbanan padaku,tapi asrama kolej ilmu tetap ada menjadi penjara oleh kami, hehe.. Sedikit tidak bersyukur, apa pun Alhamdulillah.. Ku bersyukur diatas nikmat yang kau berikan ini ya Allah.. Haha, nie name die throwback batch k 08-12,, hahaha,. Btw ada sedikit coretan buat teman2 ku..1 coretan yang membawa erti.. Walaupun sukar kerana si coretan punya entri yang mendalam untuk dihayati.. Tapi dengan izin-Nya, ya berjaya bawak coretan ini hingga mampu mengalirkan airmata persahabatan.. Ngee

HUTAN PERSAHABATAN-by T. Alias Taib...

Wahai sahabat,
Berkawan denganmu,
Adalah bagai berkawan dengan ilmu,
Dengan akal yang selalu diraut,
Renung yang selalu dikikir,
Dan hujan yang selalu diasah,

Berkawan denganmu,
Adalah bermusuh dengan musuhmu,
Dengan si fitnah yang beraja pada api perasaan,
Dan si dengki yang bersedia,
Membentesmu dari belakang,

Ah kawan,
Lupakan mereka,
Mari teruskan persahabatan kita,
Dalam hutan persahabatan kekal ini,
Aku tidak memerlukan kata-kata indah,
Tetapi tangan ikhlasmu,
Apabila terjatuh dalam perburuan ini,
Kalian ada menemaniku,
Didalam perjalanan dan perburuan yang menyukar,
Aku tidak memerlukan mereka,

Mari teruskan persahabatan kita,
;)

Saturday, 9 November 2013

lafaz akad nikah (aku janji )

hai sume, macam yang ya dah gtau kan.. ya nak sambung dengan lafaz aku janji selepas nikah.. hehe, gatal nak kawin betoi dak lia nie kan, xpe2.. preparation tu penting tok jadi isteri mithali a.k.a mee itali bak kate ya la ek. haha, ok2..
kepada si suami a.k.a pengantin lelaki :-
"Adalah saya (nama sang suami) suami kepada ( nama si isteri ) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin iaitu (mahar) .. Oleh itu, isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi ia tidak bercanggah dengan hukum islam "

jawab sang isteri :-

"Adalah saya (nama si isteri) , isteri kepada (nama sang suami ) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada suami saya dan mengharapkan agar suami saya sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan reda daripada Allah SWT.. 

lafaz si wali pula :-
"Adalah saya (nama wali) , wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama islam kepada kamu.. (nama pengantin lelaki ) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah SWT  keatas kamu dan orang yang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu..Amin  "

kemudian dituruti dengan amanat2 si bapa n diikuti dengan jawapan si anak a.k.a pengantin perempuan..  panjang lah.. tak tertaip rase nyer. hurm.. nak taip ke xnak ek.. cepat jawab.. wahahahaha.. 

laen kali ya sambung k, ketandusan kata2 sudah, ;-)

Thursday, 7 November 2013

sungguh aku jatuh hati

hehehe, udah lame ya x post ape2 kt sini kan. ok, ary nie ya nak kongsi 1 madah ibarat kata2 puitis yang boleh menjadi sandaran dikala kite dalam kesedihan atau berasa diri ini kosong.. petikan nie ya ciplak dari novel Sungguh Aku Jatuh Hati yang bru je berada dipasaran bulan lepas. hehehe, promote kejap.. recomended sangat2.. berjiwang sambil berkongsi ilmu akhirat. insyaallah jika dipraktik kan, ganjaran pahala menanti kalian,

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak reda.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat makruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan hak,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura-pura baik dihadapan manusia,
Bila hati berasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap takdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain Allah.

Bila hati berasa bebas daripada jagaan Allah,
Bila berasa diri milik mutlak diri sendiri,
Bila hati berasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia daripada manisnya syurga,
Bila reda manusia lebih dicari daripada reda Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidah rindu ubtuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal,jiwa dan jasad terikat dengan dunia,
Sungguh hati ini bukan milik ku lagi.

hehehe,,,faham ke kome nie??
kalau xfaham,faham2 kan lah yea. hehe,
juz tok perkongsian bersama, later ya nak kongsikan lafaz selepas akad nikah lak.. aku janji suami,isteri, berserta wali..
tunggu ea..

gatal dah nak kawin nie. semoga jodoh itu milik kita.. jazakallah.