Saturday, 9 November 2013

lafaz akad nikah (aku janji )

hai sume, macam yang ya dah gtau kan.. ya nak sambung dengan lafaz aku janji selepas nikah.. hehe, gatal nak kawin betoi dak lia nie kan, xpe2.. preparation tu penting tok jadi isteri mithali a.k.a mee itali bak kate ya la ek. haha, ok2..
kepada si suami a.k.a pengantin lelaki :-
"Adalah saya (nama sang suami) suami kepada ( nama si isteri ) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin iaitu (mahar) .. Oleh itu, isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi ia tidak bercanggah dengan hukum islam "

jawab sang isteri :-

"Adalah saya (nama si isteri) , isteri kepada (nama sang suami ) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada suami saya dan mengharapkan agar suami saya sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan reda daripada Allah SWT.. 

lafaz si wali pula :-
"Adalah saya (nama wali) , wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama islam kepada kamu.. (nama pengantin lelaki ) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah SWT  keatas kamu dan orang yang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu..Amin  "

kemudian dituruti dengan amanat2 si bapa n diikuti dengan jawapan si anak a.k.a pengantin perempuan..  panjang lah.. tak tertaip rase nyer. hurm.. nak taip ke xnak ek.. cepat jawab.. wahahahaha.. 

laen kali ya sambung k, ketandusan kata2 sudah, ;-)

No comments:

Post a Comment